Wednesday, July 15, 2009

KHIDMAT MASYARAKAT DI CHILDREN CANCER SOCIETY KUCHING



Khidmat Masyarakat di Children Cancer Society


Pada 22 Mac 2009 kelab Pertahanan Awam (JPAM) telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di Children Cancer Society. Aktiviti ini disertai oleh 33 orang pelatih dan 8 orang ahli jawatankuasa.
Objektif aktiviti ini adalah melahirkan pelatih yang dapat berkhidmat kepada masyrakat di samping menjadi wakil universiti untuk memberi khidmat dan membantu masyarakat umum. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelatih dan ahli jawatankuasa.


Para pelatih dan ahli jawatankuasa berkumpul di tempat letak kereta B pada jam 7.30 pagi. Kami berangkat ke destinasi tepat jam 8 pagi dengan menggunakan trak yang telah disediakan oleh pihak Pertahanan Awam. Sebelum berangkat, para pelatih telah diberikan tugas masing-masing oleh ahli jawatankuasa.
Kami tiba di destinasi pada jam 8.30 pagi dan kedatangan kami disambut oleh warden rumah tersebut. Para pelatih diberikan penerangan tentang kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan. Antara tugas-tugas para pelatih adalah menyapu halaman rumah trsebut, mengelap tingkap, mencuci longkang dan mengutip sampah disekitar rumah tersebut.


Aktiviti gotong-royong mengambil masa dua jam. Setelah menghabiskan tugas-tugas tersebut, para pelatih dan ahli jawatankuasa diberi peluang untuk beramah mesra dengan kanak-kanak dan penghuni rumah tersebut. Selain itu, para pelatih juga sempat melakukan beberapa permainan bersama penghuni rumah tersebut. Selepas itu, presiden kelab kami telah menyampaikan penghargaan kepada penjaga kanak-kanak tersebut serta memberi cenderahati kepada kanak-kanak di rumah tersebut.
Seterusnya. Pada jam 12 tengahari, kami menikmati maka tengahari bersama penghuni rumah tersebut. Tepat jam 1 petang, kami berangkat pulang ke UiTM. Kami tiba di UiTM setengah jam kemudian. Para pelatih bekumpul untuk diperiksa oleh ahli jawatankuasa. Kami bersurai tepat jam 2.15 petang.



Disediakan oleh,

(Raja Nazian Adila)
Naib Setiausaha,
kelab Pertahanan Awam

No comments:

Post a Comment