Tuesday, July 21, 2009

NOta TERcekik!!!! Bahagian 1


NOta TerCekIk.....


Jika seseorang mengalami cekikan, mereka selalunya akan mudah panik. Keadaan ini akan menjadi bertambah sulit jika anda juga menjadi panik. Adalah penting anda bertenang dan ikutilah arahan di bawah. Pengurusan/pengendalian kanak-kanak yang menghadapi masalah cekikan bergantung kepada saiz tubuh mereka.

Mengendalikan masalah cekikan di kalangan orang dewasa/kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 1.2 meter

Sekiranya mangsa berada dalam keadaan sedar:


1. Bercakap dengan mangsa

Jika mangsa boleh menjawab, bermakna dia dapat menggerakkan udara di dalam salur pernafasannya (boleh bernafas). Galakkan mangsa untuk batuk. Jika mereka berupaya batuk dengan kuat, tunggu dan awasi sahaja keadaan mangsa..


2. Lakukan sesuatu jika:

· Mangsa tidak dapat menjawab

· Text Box:  Anda berpendapat bahawa tiada udara mengalir keluar dan masuk ke dalam salur pernafasannya (mangsa tidak bernafas).

· Mangsa hilang keupayaan untuk batuk dengan kuat.

Tindakan yang boleh dilakukan

Untuk mangsa yang sedang berdiri:

Berdiri di belakang mangsa. Letakkan sebelah tangan anda di atas genggaman tangan yang sebelah lagi di tengah-tengah badan mangsa iaitu betul-betul di bawah hujung tulang dada. Sekiranya mangsa terlalu tinggi, baringkan mereka di atas permukaan yang rata. Lakukan tekanan dengan cepat dan padu ke dada mangsa ke dalam dan ke atas. Lakukan sehingga benda yang tersekat itu terkeluar dari tekak.

Thursday, July 16, 2009

Malam Pengenalan Kelab Dan Persatuan

Perkhemahan KPAM di Ibu Pejabat JPA3 Cawangan Kuching


Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan2 sekalian.


Iqmaa (majalah terbitan) mengucapkan selamat melaksanakan aktiviti perkhemahan kepada semua ahli KPAM UiTMCS bagi sesi DEC08-APR09. Ini merupakan perlaksanaan kali kedua dlm tempoh Dec07 hingga sekarang yang mana perkhemahan pertama dalam tempoh tersebut dilaksanakan pada 18-21 Sept 2008, bertempat di Base Camp JPAM cawangan Kuching.
Namun kali ini kita bertuah kerana dapat menyelitkan gambar-gambar aktiviti di laman blog ini.

Moga camp ini sedikit sebanyak memberi input kepada peserta dan meningkatkan kualiti kecemerlangan setiap ahlinya. Kalu banyak dugaan semasa camp..itu adalah perkara biasa.. Paaajakkk laaa…. Good Luck untuk semua!!!

Wednesday, July 15, 2009

KHIDMAT MASYARAKAT DI CHILDREN CANCER SOCIETY KUCHING



Khidmat Masyarakat di Children Cancer Society


Pada 22 Mac 2009 kelab Pertahanan Awam (JPAM) telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di Children Cancer Society. Aktiviti ini disertai oleh 33 orang pelatih dan 8 orang ahli jawatankuasa.
Objektif aktiviti ini adalah melahirkan pelatih yang dapat berkhidmat kepada masyrakat di samping menjadi wakil universiti untuk memberi khidmat dan membantu masyarakat umum. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelatih dan ahli jawatankuasa.


Para pelatih dan ahli jawatankuasa berkumpul di tempat letak kereta B pada jam 7.30 pagi. Kami berangkat ke destinasi tepat jam 8 pagi dengan menggunakan trak yang telah disediakan oleh pihak Pertahanan Awam. Sebelum berangkat, para pelatih telah diberikan tugas masing-masing oleh ahli jawatankuasa.
Kami tiba di destinasi pada jam 8.30 pagi dan kedatangan kami disambut oleh warden rumah tersebut. Para pelatih diberikan penerangan tentang kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan. Antara tugas-tugas para pelatih adalah menyapu halaman rumah trsebut, mengelap tingkap, mencuci longkang dan mengutip sampah disekitar rumah tersebut.


Aktiviti gotong-royong mengambil masa dua jam. Setelah menghabiskan tugas-tugas tersebut, para pelatih dan ahli jawatankuasa diberi peluang untuk beramah mesra dengan kanak-kanak dan penghuni rumah tersebut. Selain itu, para pelatih juga sempat melakukan beberapa permainan bersama penghuni rumah tersebut. Selepas itu, presiden kelab kami telah menyampaikan penghargaan kepada penjaga kanak-kanak tersebut serta memberi cenderahati kepada kanak-kanak di rumah tersebut.
Seterusnya. Pada jam 12 tengahari, kami menikmati maka tengahari bersama penghuni rumah tersebut. Tepat jam 1 petang, kami berangkat pulang ke UiTM. Kami tiba di UiTM setengah jam kemudian. Para pelatih bekumpul untuk diperiksa oleh ahli jawatankuasa. Kami bersurai tepat jam 2.15 petang.



Disediakan oleh,

(Raja Nazian Adila)
Naib Setiausaha,
kelab Pertahanan Awam

Perkhemahan KPAM di Pasir Panjang, Kuching





LAPORAN PERKHEMAHAN KELAB PERTAHANAN AWAM(JPAM)

SESI DISEMBER-APRIL 2009

Nama Aktiviti

Perkhemahan “Grab and Go” di Kampung Pasir Panjang.

Objektif

1. Membolehkan peseta mengetahui tentang teori asas kepimpinan.

2. Membolehkan peserta memahami dan mengambil peranan bersilih anti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.

3. Membolehkan peserta berfikir melangkaui batas.

Perkhemahan Kelab Pertahanan Awam Universiti Teknologi Mara Sarawak telah diadakan bersama Pertahanan Awam Bahagian Kuching. Berikut adalah maklumat mengenai perkhemahan tersebut :

Aktiviti : Perkhemahan Kelab Pertahanan Awam

Tarikh : 6,7 dan 8 Mac 2009

Tempat : Kampung Pasir Panjang,Kuching.

Tema : Grab and Go

Jumlah Peserta : 50 orang pelatih,12 orang Ahli Jawatankuasa(AJK)

dan 10 orang pegawai.

Pada 6 Mac,seramai 5 orang Ajk bertolak terlebih dahulu pada pukul 3 petang dari kampus. Tujuan adalah untuk membeli barangan keperluan basah dan juga perlu pergi ke base Pertahanan Awam di Simpang 3 untuk memeriksa peralatan. Ajk yang bertolak terlebih dahulu juga bertanggungjawab untuk memastikan tapak perkhemahan disediakan dengan selengkapnya.

Para pelatih bertolak dari kampus pada pukul 10.30 malam menggunakan trak Pertahananan Awam dan sampai di Kampung Pasir Panjang pada kira-kira 12 tengah malam.Para Ajk yang tiba terlebih dahulu menyambut kedatangan pelatih di dalam hujan.Para pelatih diberi minum sebelum menerima arahan seterusnya daripada ajk.Para pelatih,ajk terlibat dan pegawai bertugas masing-masing diberi tag nama yang wajib dipakai sepanjang perkhemahan.

Tugasan pertama pelatih pada malam itu adalah untuk mendirikan khemah kediaman mereka.Ini merupakan satu cabaran dan pengalaman baru buat para pelatih terutama pelatih semester 1 yang menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk mendirikan khemah.Selesai mendirikan khemah para pelatih diminta untuk membentangkan slogan dan bendera setiap kumpulan.Kumpulan telah dibahagikan sebelum aktiviti perkhemahan agar mereka bersedia dengan slogan dan bendera masing-masing.Selesai aktiviti ini,para pelatih diberi masa tidur sebelum masuk waktu menunaikan solat subuh.

Para pelatih dikejutkan 15 minit sebelum masuk waktu subuh menggunakan tiupan wisel dari ajk yang bertugas. Ajk dan pelatih menunaikan solat subuh di surau berdekatan.Bagi pelatih bukan Islam,ajk bukan islam telah merancang aktiviti untuk mereka.Selesai solat,para pelatih dibawa untuk senaman pagi sementara menunggu sarapan disediakan.Para pelatih dan ajk bersarapan bersama pada pagi tersebut dengan pemandangan laut di awal pagi.

Selepas sarapan,aktiviti diambil alih oleh para jurulatih selama 3 jam yang diselang seli dengan latihan dalam kumpulan(LDK) kendalian para ajk.Tujuan utama LDK adalah memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan antara pelatih.Makan tengah hari dihidangkan sekitar pukul 12 tengah hari.Pelatih diberi rehat dan masa untuk menunaikan solat zuhur.

Aktiviti pelatih bersambung sekitar pukul 2.15 petang bersama jurulatih bertugas.Pelatih diberi minum 100 plus dan makan buah limau untuk minum petang bagi memastikan tiada pelatih mengalami dehidrasi atau kekurangan vitamin.

Selepas solat Asar,para pelatih diarahkan untuk menukar pakaian untuk aktiviti selanjutnya di pantai.Terlebih dahulu satu slot bersama penasihat kelab,Encik Putit telah diadakan.Aktiviti di pantai dikendalikan para ajk yang ditugaskan.Antara aktiviti adalah kawad di dalam air,membina menara air dan juga membina istana kakashi.Aktiviti ini berlanjutan sehingga hampir waktu Maghrib.

Kuliah Maghrib diberi oleh ajk dari exco kebajikan untuk mengisi ruang kosong di antara waktu Maghrib dan Isya’.Makan malam diberi selepas solat Isya’.Selesai makan malam aktiviti kemuncak telah diadakan iaitu persembahan berkumpulan telah diadakan dan diadili oleh para jurulatih.

Slot tengah malam diambil oleh jurulatih untuk aktiviti “surat untuk ibu”.Pada malam tersebut para pelatih dan ajk dikejutkan dengan sambutan hari lahir pengerusi kelab,Aida Yani,oleh para jurulatih.Kek diagihkan sama rata diantara pelatih dan ajk.Selesai majlis,semua pelatih diarahkan untuk rehat.

Para pelatih tidak dikejutkan oleh ajk tetapi oleh salah seorang pelatih yang telah dilantik.Akan tetapi para pelatih telah terlewat bangun dari masa yang ditetapkan.Selesai solat subuh,hujan lebat mengagalkan aktiviti senaman pagi maka pelatih dikumpulkan esi berkenalan pelatih semester 1 dan 2 dibuat.Sarapan pagi diberi semasa aktiviti tersebut.

Hujan teduh sekitar pukul 8 pagi membolehkan aktiviti pembersihan kawasan kampung diadakan.Aktiviti pembersihan selesai dalam tempoh satu jam setengah.Akibat lewat bangun para pelatih telah didenda untuk menari poco-poco selepas aktiviti pembersihan.Majlis penghargaan perkhemahan telah diadakan selepas tarian poco-poco.Tujuan majlis adalah untuk menghargai kehadiran para jurulatih dan juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang persembahan berkumpulan.Selain itu sumbagan ikhlas kepada penduduk kampung turut diberi semasa majlis ini.Selesai majlis pada kira-kira 11 pagi para pelatih bersama ajk bersama-sama mengemas tapak perkhemahan dan bersedia untuk bertolak pulang.

Para pelatih bersama ajk bertolak pulang tepat pukul 12 tengah hari dan tiba di kampus pada pukul 1 petang.Secara amnya,perkhemahan ini berlangsung dengan jayanya.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Afiqah Aqmar binti Azmi)

Ketua Projek, Penasihat,

Perkhemahan Kelab Pertahanan Awam Kelab Pertahanan Awam